Inilah Peringatan Untuk Kaum Hawa Inilah Peringatan Untuk Kaum Hawa | Belajar Komputer Melalui Internet
News Update :
Blog ini doFollow Loh !

Inilah Peringatan Untuk Kaum Hawa

Minggu, 01 Juli 2012




Sesungguhnya ketahuilah bahawa sebagian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka. Begitulah maksud sepotong hadis yang ditujukan oleh Rasulullah SAW kepada Aisyah RA, selepas sahaja beliau kembali dari perjalanan Isra Miqraj. Rasulullah telah dipertontonkan oleh Allah SWT tentang azab di dalam neraka, dimana kaum hawa menjadi golongan yang terbesar mendapat pembalasan dan hukuman Allah SWT di akhirat nanti, nauzibillah..
Sebab musabab kenapa dan mengapa jadi demikian telah diperjelaskan oleh Rasulullah SAW kepada Aisyah RA dan siapakah mereka yang dimaksudkan :
  1. Mereka yang tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan dan kesusahan, tidak sabar apabila ditimpa musibah
  2. Mereka yang tidak memuji Allah Ta’ala atas kemurahan-Nya, apabila dikaruniakan nikmat dan rahmat tidak bersyukur.
  3. Mereka yang mengkufuri nikmat; menganggap nikmat bukan dari Allah
  4. Mereka yang memperbanyak kata-kata yang sia-sia, banyak bicara yang tidak bermanfaat.
Aisyah r.’a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda “Hai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau senantiasa mengingat wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan senantiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingat wasiatku ini…” dan Intisari wasiat Rasulullah s.a.w tersebut telah dirumuskan seperti berikut:
  • Bahawa wanita yang mengingkari kebajikan atau kebaikan yang diberikan oleh suaminya maka amalannya akan digugurkan oleh Allah
  • Bahawa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan dibelitkan di tengkuknya.
  • Bahawa isteri yang memandang jahat dengan menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya, Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya pada hari kiamat.
  • Bahawa isteri yang tidak memenuhi kemauan suami-nya di tempat tidur atau menyusah-kan urusan ini atau mengkhiananti suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka.
  • Bahawa wanita yang mengerjakan sholat dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sholatnya.
  • Bahawa wanita yang dikenakan musibah ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau merobek-robek pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan Isteri nabi Nuh dan isteri nabi Luth dan tiada harapan mendapat kebajikan syafaat dari siapa pun.
  • Bahawa wanita yang berzina akan dicambuk di hadapan semua makhluk di depan neraka pada hari kiamat, tiap-tiap perbuatan zina dengan delapan puluh cambuk dari api.
  • Bahawa isteri yang mengandung baginya pahala seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamul-lail pada malamnya serta pahala berjuang fi sabilillah.
  • Bahawa isteri yang bersalin melahirkan, bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritanya diberi pahala memerdekakan seorang budak. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya.
  • Bahawa wanita apabila bersuami dan bersabar dari menyakiti suaminya, maka diumpamakan dengan titik-titik darah dalam perjuangan fisabilillah.
Allahualam..

Ditulis Oleh : Unknown ~ Tips dan Trik Blogspot

Artikel tentang Inilah Peringatan Untuk Kaum Hawa
Judul: Inilah Peringatan Untuk Kaum Hawa

Rating: 10 out of 10 based on 24 ratings. 155 user reviews.
Tulisan ini menarik? Copas permalink ini blogmu donk!

:: Get this widget ! ::

- Reviewer: Unknown - ItemReviewed: Inilah Peringatan Untuk Kaum Hawa
Share this article :

No Responses to "Inilah Peringatan Untuk Kaum Hawa"

Posting Komentar

 
Raden Ansori - All right reserved
Raden Ansori | Personal Blogging Free Sharing Inform
© Template by :Raden Ansori 2011 - 2012
Copyright © 2011 - 2012 Raden Ansori - All rights reserved